Kata Mutiara Hikmah



Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

Tidak ada yang sulit bagi orang yang mahu, tidak ada yang mudah bagi orang yang enggan.

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam-diam sahaja.

Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang.

Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.

Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu.

Air mata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati.

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.

Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia.

Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu.

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil.

Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja.

Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia.


Menerima pasangan hidup secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan di khuatiri beracun.

Terburu-buru dengan perasaan sering dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan.

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bisa berpanjangan.

Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula-gula yang lebih manis dari racun.

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan.

Akal itu laksana payung, ia tidak berguna kalau tidak terbuka.

Apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.

Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain.

Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi esoknya.

Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran.

Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat.

Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat.

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan.

Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu-kayu keimanan yang kukuh.

Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup.

Hati si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya.

Di sebalik nikmat ada bala dan di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala, usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika di landa nikmat usah lupa dan leka kerana dari sini berpunca bala.


Previous
Next Post »

Selamat Datang Sahabat....
Silahkan tinggalkan komentar dan saran


Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon

Thanks for your comment